Cari @ Amanz

CapCut merupakan salah satu aplikasi penyunting video popular, dan mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif bulanan. Selain ditawarkan pada Android, iPhone dan Mac, kini aplikasi CapCut juga turut tersedia melalui Microsoft Store untuk pengguna Windows.

CapCut untuk Windows menawarkan pelbagai ciri penyuntingan yang seperti terdapat pada penawaran mereka lain, termasuk ciri mempercepatkan video, menambah kesan khas, kapsyen automatik, sokongan teks ke suara, menambah kesan penuras tambahan, menambah sejumlah pilihan muzik, serta kongsikan hasil akhir dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, boleh memuat-turun CapCut secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam urusan penyuntingan video harian anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd