Di China Xiaomi 13 Ultra sudah mula dijual di China dengan penawaran warna hijau, hitam. Tetapi pasca pelancaran, Xiaomi 13 Ultra ditawarkan pula dalam tiga warna baharu yang lebih ceria iaitu kuning, oren dan biru. Ini mengingatkan kami kepada warna ceria yang pernah ditawarkan pada peranti Nokia Lumia.

Ketiga-tiga warna menggunakan kemasan bingkai berwarna hitam dan gelung pada bonggol kamera pula dalam warna grafit hitam bukannya gangsa seperti pada tiga model terdahulu. Model hanya ditawarkan dengan memori 16GB RAM dan storan pula sebesar 512GB pada harga RMB 6499 (~RM4186) sebuah.
Xiaomi 13 Ultra akan ditawarkan ke pasaran global dalam masa terdekat. Masih tidak kedengaran bila ia mula memasuki pasaran Malaysia pada waktu ini. Prestasi kamera Xiaomi 13 Pro yang kami ulas sebelum ini adalah amat memuaskan dan kami ingin melihat sendiri apakah penambahbaikan yang ada pada 13 Ultra.