Cari @ Amanz

WhatsApp kini dilihat menguji antaramuka baharu pada versi Android, dimana bar navigasi diposisikan pada bahagian bawah.

Melalui perubahan yang dikongsikan WABetaInfo ini, ia dilihat WhatsApp lebih menekankan kepada ciri panggilan, komuniti dan WhatsApp Status berbanding sebelum ini. Pada hari ini, bahagian navigasi diposisikan pada bahagian atas dalam bentuk teks sahaja, kecuali untuk komuniti yang menggunakan paparan ikon sahaja pada penghujung kiri.

Buat masa ini, WhatsApp menguji paparan antaramuka baharu ini secara terhad kepada pengguna WhatsApp Beta terpilih. Penggunaan bar navigasi pada bahagian bawah ini sekaligus menjadikan penawaran aplikasi permesejan ini di Android lebih menyerupai penawaran di iOS yang sedia menggunakan bentuk navigasi dibawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd