Microsoft sebelum ini sedia dikatakan sedang melihat untuk pembangunan cip kecerdasan buatan tersendiri dalam usaha mengurangkan kos operasi. Kini, laporan lanjutan hadir melalui Bloomberg, mengatakan Microsoft bekerjasama dengan AMD untuk tujuan tersebut.
Ia dikatakan Microsoft membantu AMD dari segi kewangan dalam inisiatif pembangunan cip kecerdasan buatan tersendiri ini.
Cip yang sedang dalam pembangunan bersama AMD ini diberikan nama kod “Athena”, dan dikatakan akan boleh digunakan dalam melatih pelbagai model melibatkan kecerdasan buatan, selain membuat inferens untuk data baharu.
Pada hari ini, pasaran cip untuk penggunaan kecerdasan buatan diterajui oleh NVIDIA. Namun, kosnya yang tinggi turut membuatkan pembangunan melibatkan kecerdasan buatan terkesan dan membawa kepada kos yang tinggi. Disebabkan oleh hal ini, pelbagai pihak melihat kepada pembangunan cip tersendiri yang akan membolehkan lebih pengoptimasian dilakukan, serta mengurangkan kos.