Carian
Tim Cook : Kecerdasan Buatan (AI) Mempunyai Potensi Besar,  Tetapi Beberapa Perkara Perlu Diselesaikan
May 5, 2023 Aman

Hari ini, Apple berkongsi penyata kewangan untuk suku tahunan lepas, dan turut memperlihatkan Tim Cook menyentuh secara ringkas berkenaan kecerdasan buatan.

Melalui komen Tim Cook, CEO Apple – beliau menyatakan yang mana arena kecerdasan buatan mempunyai potensi yang sangat besar dan menarik. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskan.

Apple sendiri dikatakan akan terus melabur dalam pembangunan teknologi berkaitan kecerdasan buatan untuk produk-produk mereka. Tiada sebarang komen berkaitan produk melibatkan kecerdasan buatan yang dikongsikan Tim Cook buat hari ini.

Seperti ramai sedia maklum, dibawah Apple, salah satu penawaran produk pembantu maya yang popular adalah Siri. Dengan letusan kecerdasan buatan ini, semestinya ramai yang ingin mengetahui apakah perkembangan Siri seterusnya – apatah lagi dengan penawaran teknologi seperti ChatGPT.

Komen