Carian
Motorola Edge 40 Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 8020
May 5, 2023 Amy Maizuraa

Edge 40 telah diperkenalkan sebagai sebuah peranti peranti premium pada harga lebih berpatutan daripada Motorola. Ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 8020 sekaligus menjadi peranti yang menyokong 5G secara terbina. Ini dipadankan pula dengan gabungan memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS3.1.

Skrin yang digunakan pula sebesar 6.55-inci FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz yang juga melepasi pensijilan HDR10+. Sistem dwi-kamera 50MP + 13MP disertakan yang juga menyokong rakaman maksimum 4K. Kamera swafoto pula sebesar 32MP yang diletakkan pada lubang kecil di panel hadapan.

Bateri 4400mAh dimuatkan pada peranti dengan sistem pengecasan pantas berwayar 68W. Ia juga menyokong sistem pengecasan nirwayar 15W sebagai ciri tambahan. Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara stereo ditala Dolby Atmos, NFC, IP68, sokongan bluetooth 5.2 dan port USB-C.

Harga jualan peranti adalah £529.99 (RM2,966) dengan pilihan warna seperti Nebula Green, Lunar Blue dan Eclipse Black.

Komen