Cari @ Amanz

Arena telefon dengan rekaan skrin boleh-lipat akan terus meriah pada tahun 2023 ini. Selain daripada perkongsian gambar secara rasmi oleh Google untuk Pixel Fold, kini hadir desas-desus mengatakan OnePlus akan memperkenalkan telefon dengan skrin boleh-lipat mereka pada bulan Ogos 2023 kelak.

Untuk makluman, pihak OnePlus sedia menyatakan akan memperkenalkan telefon boleh-lipat pada tahun 2023 ini, tetapi tidak memberikan sebarang tarikh sebelum ini. 

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui. Terdapat kemungkinan yang mana ia mungkin tidak jauh beza dari segi penawaran berbanding apa yang disediakan syarikat induk mereka, Oppo.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi oleh OnePlus dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd