Carian
Biofire Ialah Pistol Pertama Dengan Sistem Imbasan Wajah Dan Jari
May 5, 2023 Effi Saharudin

Dalam filem Judge Dredd setiap pistol akan mengimbas identiti Judge yang menggunakannya sebelum boleh ditembak. Dengan ini isu ia digunakan oleh individu yang tidak sepatutnya dapat dielakkan. Di Amerika Syarikat semakin banyak insiden pembunuhan disebabkan oleh penyalahgunaan pistol dan bulan lalu pistol Biofire dilancarkan sebagai antara penyelesaiannya.

Bionfire ialah sebuah pistol 9mm yang dilengkapi sistem keselamatan imbasan wajah dan juga cap jari. Ia dikunci pada sebuah dermaga khas dengan pengimbas wajah, Biofire hanya boleh dicabut dari tempat simpanan jika wajah pemilik dikesan. Untuk menembak pula cap jari diimbas terlebih dahulu dengan pengimbas diletakkan pada bahagian pemegang pistol.

Dengan Biofire pistol milik ibu bapa misalnya tidak boleh dicuri dan digunakan oleh anak untuk menembak di sekolah seperti yang berlaku dalam pelbagai insiden seperti Columbine. Pistol pintar Bionfire dijual pada harga $1,499 (~RM6657) sebuah.

Komen