Cari @ Amanz

Aplikasi Photos pada Windows 11 bukanlah aplikasi terbaik untuk meliat dan menguruskan imej masing-masing. Malah saya sendiri di Windows menggunakan Google Photos atau Photoscape X. Tetapi Microsoft tidak mahu mengalah kerana masih ingin menawarkan pengalaman penggunaan terbaik untuk pengguna mereka.

Photos pada Windows 11 akan datang akan menyokong paparan slaid dengan peralihan animasi imej ke imej yang menyertakan 25 pilihan muzik latar. Imej-imej turut boleh dilihat dengan bar skrol dan pengguna boleh lihat album OneDrive, iCloud dan lain-lain dalam paparan yang mengikut susur masa.

Paling menarik Photos turut kini menguji sokongan Retouch baharu yang mana pengguna boleh membaiki kecacatan pada imej dengan satu alatan berus sahaja. Ciri seperti ini biasanya terbina pada aplikasi suntingan imej yang lebih profesional.

Buat masa ini ciri dan fungsi baharu Photos hanya boleh didapatkan melalui versi 2023.11050.2013.0 yang tersedia bagi pengguna Windows 11 Insider sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd