Teka teki mengenai harga jualan rasmi peranti boleh lipat Tecno Phantom V Fold terjawab secara rasminya pada hari ini. Ia disenaraikan di laman rasmi Shopee dan Lazada Tecno Malaysia pada harga bermula RM4999 sebuah dengan pilihan warna seperti Black dan White.

Ia bagaimanapun merupakan harga promosi masa terhad untuk pembelian yang dibuat pada tarikh 5 hingga 9 Mei dengan Smart Fordable Electric Scooter (RM899) yang diberi secara percuma. Kemudian peranti ini kembali dijual pada harga asalnya iaitu RM5,399 selepas tamat tempoh berkenaan.
Untuk spesifikasi peranti ini mempunyai skrin utama sejenis rata bersaiz 7.85-inci, sementara itu skrin sekunder melengkung pula sebesar 6.42-inci. Kedua-dua skrin ini dilengkapi panel AMOLED dan kadar segar semula 120Hz.


Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 9000+, memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB terbina. Peranti juga dilengkapi dengan kemera utama 50MP, di samping kapasiti bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 45W.