Carian
Resso Akan Menjadi Platform Penstriman Muzik Berbayar Sahaja Selepas Ini
May 5, 2023 Fahim Zahar

Resso adalah platform penstriman muzik dari pencipta TikTok iaitu ByteDance. Perkhidmatan ini diperkenalkan si India pada 3 tahun lepas dan tahun 2022 mereka kembangkan ke Brazil dan Indonesia dengan perancangan melancarkannya ke dua belas lagi negara.

Seperti TikTok, Resso juga adalah satu platform media sosial cuma memfokuskan muzik. Pengguna juga boleh berkongsi lirik, mencari lagu sohor kini di TikTok, percuma untuk digunakan dan pengalaman premium boleh dilanggan pada harga serendah sekitar RM6 sebulan.

Baru-baru ini Resso telah dikemaskini menjadi platform penstriman muzik premium sepenuhnya. Ini bermakna penggunaan percuma dengan iklan tidak lagi ditawarkan dan pengguna wajib membayar langganan untuk menstrim lagu kegemaran. Perubahan ini akan dilakukan bermula 11 Mei nanti.

Dengan mengubah strategi perkhidmatan ini Resso boleh memberi pengguna pengalaman penggunaan bebas iklan, kemampuan menjana lirik, muat turun untuk dengar luar talian dan membantu memberi sokongan kepada artis.

Menurut Sensor Tower Resso telah dimuat turun sebanyak 250 juta kali. Dalam kategori muzik dan audio di gedung aplikasi App Store dan Play Store, Resso berada di tempat kedua sehingga ke lima di Indonesia, Brazil dan India.

Komen