Cari @ Amanz

Bulan Mei sudah tiba dan kami rasakan sekarang masa terbaik untuk memaparkan carta peranti pintar terbaik yang telah kami ulas setakat ini. Setakat ini 25 telefon pintar telah diulas dengan masing-masing mempunyai kekuatan serta kelemahan tersendiri. Skor di bawah adalah berdasarkan purata markah setiap elemen peranti. Kami tidak memberikan komen mengenai “berbaloi ataupun tidak” sesebuah telefon pintar untuk dibeli kerana “berbaloi” amat berbeza mengikut individu.

Peranti terbaik hanya akan kami umumkan di penghujung tahun seperti kelaziman. Dalam senarai ini elemen berbaloi akan diambil kira dalam kategori Peranti Nilai Terbaik kelak. Maka di bawah ialah carta telefon pintar terbaik yang sudah diulas pada tahun 2023. Ada peranti tiada kerana kami tidak menerimanya atau tidak diberikan kesempatan untuk mengulasnya. Gunakan carta di bawah sebagai kayu ukuran peranti manakah yang paling serasi dengan keperluan anda dan bandingkan pula dengan harganya untuk merasakan ia berbaloi ataupun tidak.

PerantiSkorHarga Bermula (RM)
Samsung Galaxy S23 Ultra9.85699
Xiaomi 13 Pro9.74599
OnePlus 11 5G9.53299
Honor Magic Vs9.35999
Xiaomi 139.33499
Honor Magic5 Pro9.14299
Vivo X90 Pro9.04999
Vivo X908.83699
iqoo Z7X8.5999
Oppo Find N2 Flip8.53999
Redmi Note 12 Pro+8.51599
RedMagic 8 Pro8.33699
Iqoo Z78.21299
Samsung Galaxy A548.21899
Poco X5 Pro7.81299
Realme 10 Pro Coca Cola Edition7.81399
OnePlus Nord CE 3 Lite7.51099
Oppo Reno8 T 5G7.31799
Realme 10 4G7.3999
Infinix Note 12 20237.0799
Honor X9a6.51499
Oppo A78 5G6.51099
Redmi 12C6.2599
Realme C556.0699
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd