Perodua pada acara Malaysia Autoshow 2023 memperlihatkan salah satu kereta konsep yang dinantikan ramai, iaitu kereta elektrik konsep. Perodua menamakan ia sebagai EMO (Electric Motion Online).

Melalui Nextrift, kereta konsep ini dilihat hadir dengan rekaan seumpama Perodua Myvi, dan menawarkan kelajuan maksimum mencapai 160km/j. Melalui spesifikasi yang dikongsikan, ia turut diperlihatkan akan menyokong jarak perjalanan antara 300-350 kilometer dengan pengecasan bateri penuh, dengan kadar pecutan 121Nm.
Kereta konsep ini memperlihatkan penyertaan bateri 50kWh, dan menyokong pengecasan pantas DC 300kW. Melaluinya, bateri boleh dicas sehingga 80% dalam masa 20 minit.

Buat masa ini, ia hanya dipertontonkan dalam bentuk konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dikomersilkan. Ia turut menjadi tanda tanya, adakah Perodua EMO ini adalah generasi akan datang untuk Perodua Myvi yang sedia menjadi “raja” jalanraya.
- Sumber
- Nextrift