Yes hari ini memperkenalkan satu lagi pilihan pelan pascabayar baharu dibawah penawaran mereka, iaitu Yes Power 35. Seperti pada namanya, ia hadir pada harga langganan RM35 sebulan.
Dibawah pakej ini, Yes menawarkan data sebanyak 100GB yang boleh digunakan pada rangkaian 4G dan juga 5G. Pengguna juga bebas menggunakannya sebagai hotspot. Tiada had kelajuan yang dikenakan, dan had hanya dikenakan pada kuota data iaitu sebanyak 100GB.

Disamping itu, pelan ini juga turut hadir dengan sokongan panggilan tanpa had padanya.
Selain pakej ini, Yes turut sedia menawarkan Yes Infinite Basic pada harga RM58 sebulan, yang hadir dengan penggunaan data tanpa had, tetapi dihadkan kepada hanya 20GB untuk hotspot.