Kalau diikutkan peranti di bawah penjenamaan Oppo Reno memasuki siri yang kesepuluh pada tahun ini. Tarikan utama pada peranti-peranti ini kebiasannya tertumpu kepada pengalaman sistem pengimejan mudah alih yang baik. Dalam masa sama, ia turut menyediakan pengalaman peranti premium pada harga lebih rendah.
Terbaharu munculkan beberapa imej pengolokan tular yang menunjukkan rekaan untuk Oppo Reno 10 Pro. Tiada lagi bonggol kamera bersegi sebaliknya ia berbentuk bujur seumpama yang digunakan pada peranti siri Reno8T. Sistem tri-kamera digunakan dengan dua sensor bersaiz besar dan satu yang kelihatan kecil. LED Flash bersaiz standard juga boleh ditemui di dalam bonggol kamera yang sama.

Namun tiada pula penjenamaan ISP Marisilicon yang kelihatan pada peranti ini. Pertanyaan mula timbul di sini adakah Oppo tidak menyertakannya pada model akan datang? Tetapi kita masih boleh ia mungkin ditawarkan peranti memandangkan dua generasi sebelum ini iaitu siri Reno8 dan Reno9 dilengkapi dengan teknologi tersebut.

Panel hadapan pula menunjukkan kewujudan lubang kecil di tengah untuk kamera swafoto tunggal. Selain turut mempunyai saiz bezel yang tidak seimbang dengan kewujudan dagu agak tebal. Ia bagaimanapun tidak mengejutkan kerana boleh dianggap sebagai perkara lazim pada kebanyakan peranti kelas pertengahan di pasaran.
Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi peranti diketahui buat masa ini.