Cari @ Amanz

Zoho merupakan salah satu penyedia perkhidmatan memfokuskan produktiviti, termasuk menawarkan emel, pengurusan dokumen, pengurusan pejabat, pengurusan projek, dan sebagainya. Menariknya, kini mereka turut memperkenalkan sebuah pelayar web tersendiri, dinamakan Ulaa.

Ulaa mengatakan mereka menawarkan pelayar web yang beroperasi pantas, dan pada masa yang sama memfokuskan privasi dan selamat.

Ulaa hadir berasaskan kepada enjin Chromium, dan hadir bersama penghalang iklan terbina – termasuk menghalang penjejak serta perisian hasad.

Satu lagi ciri unik pada pelayar web ini adalah mod penggunaan pelayar web – membolehkan pelayar web dioptimasikan untuk penggunaan yang berbeza. Antara mod yang disediakan adalah termasuk mod bekerja, mod pembangun, mod personal, dan mod kanak-kanak.

Dengan langkah ini, ia mengoptimasikan pelayaran web, selari dengan mod yang dipilih. Sebagai contoh, ketika mengatifkan mod bekerja, ia akan menghalang pelbagai perkara yang menganggu, dan memfokuskan kepada produktiviti. Begitu juga pada mod kanak-kanak, ia akan menghalang akses kepada sejumlah laman.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Ulaa hari ini yang tersedia pada desktop Windows dan juga Mac.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd