Carian
Kini Anda Boleh Ikuti Kemaskini Facebook Dengan Mudah Melalui Widget Untuk Windows 11
May 6, 2023 Aman

Microsoft kini memperkenalkan kemaskini pembangunan terbaru untuk Windows 11 yang sedia diuji ramai, sekaligus membawa beberapa pembaharuan bersama dengannya. Salah satunya adalah penambahan sokongan widget Facebook untuk Windows 11.

Widget ini boleh ditambah ke skrin utama Windows 11 anda, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai kemaskini dari Facebook terus ke anda tanpa perlu membuka pelayar web dan mengakses laman media sosial berkenaan.

Microsoft turut berkongsi mengatakan akan menambah sokongan untuk pelbagai widget lain dalam masa terdekat – selari dengan pembangunan oleh para pembangun seluruh dunia untuk aplikasi masing-masing.

Ciri baharu ini disertakan oleh Microsoft pada Windows 11 (Preview Build 25357). Semua pengguna umum dijangka menerima kemaskini sama dalam masa terdekat.

Komen