Carian
DeepFloyd IF Hadir Cuba Menyelesaikan Masalah Penjanaan Teks Dalam Gambar AI
May 6, 2023 Aman

Pada hari ini, salah satu masalah pada pelbagai perkhidmatan penjanaan imej berasaskan kecerdasan buatan adalah ia masih sukar untuk menjana teks dalam gambar yang dijana.

Setiap janaan gambar yang menyertakan teks, sering kali membuatkan teks tersebut caca-marba dan menggunakan abjad dan huruf yang sukar dikenali.

Apa pun, kini DeepFloyd IF cuba menyelesaikan masalah tersebut melalui enjin penjana imej berasaskan kecerdasan buatan mereka.

DeepFloyd IF
DeepFloyd IF

DeepFloyd IF tidak ditawarkan untuk penggunaan komersil buat masa ini, dan hadir dalam bentuk sumber terbuka. Tetapi, menariknya NightCafe sedia mengintegrasikan DeepFloyd IF untuk dicuba oleh orang ramai.

Daripada percubaan kami sendiri, ia menghasilkan teks dengan lebih baik berbanding penjana gambar berasaskan kecerdasan buatan lain.

DeepFloyd IF

Dengan langkah ini, ia dijangka akan menyelesaikan sebuah masalah besar, dan membawa kepada penghasilan gambar-gambar yang lebih pelbagai – termasuk berbentuk logo, poster, dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh ke laman NightCafe, dan cuba menjana imej melaluinya hari ini.

Komen