Carian
GMail Mula Memaparkan Iklan Antara Senarai Emel
May 6, 2023 Aman

Perkhidmatan emel dibawah Google, iaitu GMail merupakan antara perkhidmatan yang popular. Dengan popularitinya, kini Google turut mula memfokuskan kepada paparan lebih banyak iklan pada perkhidmatan mereka.

Melalui kemaskini terbaru di GMail, Google mula memaparkan lebih banyak iklan antara emel – berbeza dengan sebelum ini yang hanya dipaparkan pada bahagian atas sahaja.

Paparan terbaru ini turut memaparkan iklan antara senarai emel – dan hanya dibezakan melalui ikon “Ad” yang dipaparkan bersebelahan dengan tajuk. Apa pun, Google hanya sekadar memaparkan iklan ini pada tab “Promotions” sahaja daripada cubaan kami sendiri.

Bagi anda sendiri, adakah langkah GMail terbaru ini menganggu? Atau disebabkan ia hanya pada tab “Promotions” sahaja, maka ia kurang menganggu pengalaman pengguna?

Komen