Carian
HTC
HTC Mengacah Pelancaran Peranti Baharu Siri U
May 6, 2023 Effi Saharudin

HTC sudah lama tidak garang dalam dunia telefon pintar. Pernah suatu ketika mereka di tangga teratas tetapi kini tidak lagi dalam senarai lima pengeluar utama. Sungguhpun begitu semalam HTC mengacah pelancaran peranti baharu dari siri U dengan sokongan Viverse.

Penggunaan nama siri U selalunya digunakan pada peranti dari kelas mercu. Dengan adanya logo Viverse pada poster sudah semestinya peranti ini menyokong teknologi realiti maya Vive mereka. Tiada maklumat mengenai spesifikasi, rekaan atau bilakah peranti akan dilancarkan pada waktu ini.

Sejak menarik diri daripada pelbagai pasaran global, HTC hanya memasarkan peranti mereka dalam jumlah yang terhad. Tumpuan diberikan kepada peranti kelas pertengahan sahaja akhir-akhir ini dengan percaturan menghasilkan peranti untuk kripto tidak begitu membuahkan hasil.

Komen