MidJourney merupakan salah satu penjana imej berasaskan kecerdasan buatan yang popular – malah menghasilkan imej janaan yang lebih cantik dan kemas berbanding dengan platform kecerdasan buatan lain.
Terbaru, pembangun MidJourney telah memperkenalkan versi terbaru mereka, iaitu MidJourney 5.1.

Salah satu ciri baharu yang ditambah ialah dimana kini ia beroperasi dengan lebih kreatif – memudahkan pengguna menghasilkan dan menjana sesuatu imej dengan penyertaan teks atau prompt yang kurang. Ini sekaligus lebih memudahkan pengguna, dan tidak menghadapi masalah untuk menggunakan sesuatu prompt yang khusus.
Namun, bagi pengguna yang lebih Pro dan selesa menggunakan prompt tersendiri, pihak MidJourney menyertakan mod khas dinamakan RAW. Ini sekaligus memudahkan pengguna mengawal sama ada inginkan hasil yang realistik atau lebih artistik.
Pada masa yang sama, MidJourney 5.1 menjanjikan hasil yang lebih jitu dan kemas, disamping warna dan kontras yang ditambah-baik. Untuk anda yang menggunakan MidJourney, boleh ke /settings dan seterusnya memilih tetapan versi baharu ini.