Cari @ Amanz

Huawei Watch Buds merupakan salah satu produk baharu yang bakal diumumkan di Malaysia pada 11 Mei akan datang. Namun begitu semakan kami mendapati jam tangan pintar ini telah ditemui tersenarai menerusi kedai atas talian rasmi Huawei di Lazada berserta harga jualan RM2,199. Lebih menarik apabila Huawei Watch Buds ini turut boleh didapati dengan harga lebih murah RM1,999 untuk pembelian yang dibuat diantara tarikh 1 hingga 11 Mei 2023.

Seperti namanya, ia merupakan jam tangan dengan integrasi fon telinga dalam satu peranti. Dengan ini ia membolehkan pengguna memakai jam tangan, di samping turut membuka bahagian muka jam bagi mengakses fon telinga nirwayar terbina. Huawei telah menggunakan penutup muka jam berasaskan magnetik untuk tujuan ini.

Huawei Watch Buds

Turut disertakan ialah kebolehan penjejakan nadi, sistem GPS, menjejaktidur, menjejak aktiviti sukan dan melakukan panggilan telefon apabila diperlukan. Huawei mendakwa ketahanan bateri boleh mencapai 3 hari dengan penggunaan biasa, di samping bateri fon telinga pula boleh bertahan 3 jam dengan ANC.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd