Tahukah anda Malaysia di tangga ke tiga di belakang Rusia dan Amerika Syarikat dalam pemilikan kucing di rumah? Pada waktu yang sama pemilikan lebih daripada dua ekor kucing di Malaysia lebih tinggi berbanding di Rusia. Malaysia ialah syurga kucing tetapi siapa yang membela haiwan berbulu in tahu mereka adalah spesis yang sombong kerana suka tidak mempedulikan apabila dipanggil.
Terkini saintis daripada Paris Nanterre University menerbitkan kajian mengenai cara terbaik memanggil kucing. Hasilnya pemilik disarankan menggunakan panggilan suara dan gestur fizikal secara serentak. Dalam ujian yang dijalankan, kucing dipanggil hanya degan suara dan kemudian hanya dengan arahan tangan. Penyelidik mendapati kebarangkalian kucing akan menyahut panggilan lebih tinggi apabila suara dan gestur digunakan serentak.
Kajian turut mengatakan kucing tahu apabila nama mereka dipanggil oleh tuannya dan mengenali suara tuan mereka berbanding orang lain. Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal Animals