Cari @ Amanz

HTC mengacah kemunculan semula peranti siri U mereka pada penghujung minggu lalu. Ramai pasti mengharapkan HTC dapat kembali dengan sebuah peranti mercu yang mampu memberikan persaingan kepada peranti keluaran pengeluar lain. Hari ini rekaan HTC U23 Pro 5G telah tertiris dan ia adalah amat mengecewakan.

Mengecewakan kerana ia langsung tidak mempunyai DNA rekaan HTC. Sekilas pandang dari belakang sukar dibezakan dengan peranti keluaran Oppo, Vivo, Samsung atau Realme. Terdapat sistem kuad kamera di belakang dengan salah satunya dilengkapi sensor 108MP dengan OIS.

Seperkara lagi yang mengecewakan ialah ia akan menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 1 dan bukannya cip kelas mercu Snapdragon 8 seperti yang diharapkan. Dapat dilihat juga pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Untuk spesifikasi penuh kita perlu menanti pelancarannya yang belum diumumkan oleh HTC. Yang pasti akan menyokong ciri HTC Viverse sahaja pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd