Rasuah adalah jenayah besar yang menyebabkan reputasi sesebuah negara tercalar. Menurut carta terkini korupsi Transparency International, Malaysia di tangga ke 62 daripada 180 negara dunia pada tahun 2022. Jelas banyak usaha perlu dilakukan bagi membersihkan imej negara daripada najis rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemaskini lama mereka dengan seksyen baharu yang memaparkan garis masa kes-kes yang sedang disiasat.
Menerusi seksyen ini SPRM berharap ia akan memaparkan ketelusan mereka menyiasat kes yang dilaporkan sebelum ini dan membolehkan orang ramai melihat status kes. Menurut SPRM lagi mereka akan memberikan seberapa banyak maklumat yang boleh dilaporkan tanpa mengganggu siasatan yang sedang dijalankan, menjejaskan hak tertuduh bagi mendapatkan perbicaraan yang adil, atau menyebabkan kerosakan reputasi, atau kemudaratan kepada individu atau organisasi yang sedang disiasat.
Seksyen garis masa kes SPRM boleh diakses orang ramai menerusi laman rasmi SPRM hari ini.