Carian
Instagram Kini Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dengan Rakan Rapat
May 8, 2023 Amy Maizuraa

Instragam kini dilaporkan sedang menguji ciri perkongsian gambar secara lebih peribadi dan hanya boleh dilihat oleh rakan terpilih. Ini bermakna pengguna kelak boleh berkongsi serta memuatnaik pelbagai jenis kandungan secara bebas tanpa perlu risau dilihat oleh orang ramai kecuali rakan terdekat yang terpilih.

Ciri ini boleh diakses menerusi ruang ‘New Post’ yang kelak turut memuatkan tab baharu dinamakan ‘Audience’ bagi membolehkan pengguna memilih tetapan perkongsian bersama orang ramai atau rakan rapat (Close Friends) sahaja. Dalam masa sama, terdapat juga kebolehan menambah maklumat eksklusif melaluinya yang turut boleh digunakan untuk tujuan pemasaran.

Pembaharuan baharu ini boleh dianggap menarik khususnya buat mereka yang begitu menjaga privasi kehidupan peribadi namun bilakah ia bakal ditawarkan secara rasmi masih tidak diketahui. Ciri ini juga sebenarnya telah dilancarkan pada Instagram Stories, di mana pengguna juga boleh memuat naik foto atau video untuk rakan rapat.

Komen