Cari @ Amanz

Telefon pintar hari ini semakin lama, semakin canggih teknologi yang digunakan untuk sokongan kameranya. Malah, sekarang telefon pintar yang mampu milik juga dilihat mampu menawarkan sokongan penggambaran yang mantap sesuai dengan harga yang dipasarkan. Antara telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan adalah beberapa model terbaru daripada siri Redmi Note 12.

Apa Yang Ditawarkan Pada Variasi Baru Siri Redmi Note 12 Kali Ini?

Sebelum ini, Xiaomi telah melancarkan siri Redmi Note 12 yang terdiri daripada Redmi Note 12, Redmi Note 12 5G, dan Redmi Note 12 Pro+ 5G. Kali ini mereka menambah lagi beberapa model baru dibawah siri ini, iaitu Redmi Note 12 Pro 5G, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12S dan mari kita lihat apa yang ada pada ketiga-tiga telefon pintar ini.

1. Pilih Redmi Note 12 Pro 5G Jika Anda Inginkan Penggambaran Malam Yang Lebih Baik

Kehebatan penggambaran malam Redmi Note 12 Pro 5G ini dibantu oleh gabungan tri-kamera 50MP untuk kamera sudut lebar, 8MP untuk sudut ultra-lebar dan juga 2MP untuk kamera makro. Lensa 50MP pada telefon pintar ini menggunakan sensor IMX766 yang membantu untuk menghasilkan rakaman yang lebih cerah, jelas dan tajam walaupun dalam situasi pencahayaan yang malap.

Malah menurut Xiaomi, sensor IMX766 ini merupakan sensor yang kebiasaannya ditawarkan untuk peranti mercu. Jadi, untuk ditawarkan pada sebuah peranti pintar kelas pertengahan, telefon pintar ini berpotensi menjadi telefon pintar yang berbaloi untuk dibeli. Kehebatan rakaman malamnya ini turut dibantu oleh sistem penstabilan imej optikal (OIS). Ciri ini berfungsi untuk menstabilkan imej walaupun dalam keadaan subjek atau rakaman yang sedang bergerak seterusnya dapat menghasilkan rakaman yang lebih tajam.

2. Sokongan Skrin Untuk Tontonan Yang Lebih Imersif

Siri Redmi Note 12 terbaru ini juga menggunakan panel skrin yang dikatakan mampu untuk memberi pengalaman tontonan yang lebih imersif dengan pewarnaan yang menonjol. Jadi sesuailah dengan slogan mereka untuk siri Redmi Note 12 kali ini, iaitu “Live Vivid”. Melalui Redmi Note 12 Pro 5G, anda boleh menonton tayangan video atau bermain permua dengan baik pada skrin 6.67 inci FHD+ mereka yang menggunakan jenis paparan Flow AMOLED 120Hz. Apa kelebihan paparan Flow AMOLED ini?

Panel Flow AMOLED ini menggunakan bahan berasaskan plastik. Oleh itu, dengan penggunaan jenis panel skrin ini, ia dikatakan membantu untuk jadikannya lebih ringan, fleksibel dan tahan lasak. Kadar segar semula 120Hz pada skrin telefon pintar ini juga membantu anda untuk menatal skrin dengan lebih lancar.

Kata Xiaomi, panel skrin Flow AMOLED 120Hz ini juga kebiasaannya ditawarkan pada peranti mercu, tetapi untuk siri Redmi Note 12, ia ditawarkan pada peranti kelas pertengahan mereka iaitu Redmi Note 12 Pro 5G. Ini menambah lagi satu sebab mengapa model ini berbaloi untuk anda dapatkan.

Redmi Note 12 Pro juga menggunakan saiz skrin yang sama namun apa yang membezakannya adalah jenis paparan yang digunakan. Model ini menggunakan panel jenis FHD+ AMOLED DotDisplay 120Hz manakala  Redmi Note 12S pula menggunakan panel skrin bersaiz 6.43 inci FHD+ AMOLED DotDisplay dengan sokongan kadar segar semula 90Hz.

3. Spesifikasi Lain Yang Menjadikan Penawarannya Lebih Menyeluruh

Bercakap mengenai spesifikasi, Redmi Note 12 Pro 5G dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1080 dimana cip 6nm ini tersedia dengan sokongan 5G. Untuk Redmi Note 12 Pro pula, ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 732G 8nm manakala bagi Redmi Note 12S, ia dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G96.

Selain cip pemprosesan, kapasiti bateri yang ditawarkan juga memainkan peranan yang penting untuk menjaminkan pengalaman penggunaan yang lebih panjang. Oleh sebab itu, Xiaomi menyertakan kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh untuk ketiga-tiga variasi ini. Namun yang membezakannya adalah dari segi sistem pengecasan yang disokong. Bagi model Redmi Note 12 Pro 5G dan Redmi Note 12 Pro, kedua-dua peranti ini ditawarkan dengan pengecasan turbo 67W. Manakala Redmi Note 12S ditawarkan dengan sistem pengecasan pantas 33W.

Jadi, Siri Redmi Note 12 Manakah Yang Sesuai Untuk Anda?

Terdapat 6 variasi secara keseluruhannya dibawah siri Redmi Note 12 ini. Dari sini kita boleh lihat bahawa Xiaomi komited dalam menawarkan siri telefon pintar yang boleh memenuhi keperluan, kehendak dan juga bajet anda. Tetapi, kadang kala, bila terdapat pelbagai pilihan peranti, ia membuatkan kita buntu untuk memilih yang telefon manakah paling sesuai untuk kita.

Jadi, jika dilihat dari apa yang ditawarkan, kita boleh simpulkan bahawa Redmi Note 12 siri Pro sesuai untuk anda yang inginkan peranti dengan spesifikasi setanding peranti mercu. Malah, peranti-peranti ini juga bagus digunakan untuk kegunaan fotografi. Redmi Note 12 Pro+ 5G adalah peranti yang hadir dengan spesifikasi tertinggi sekali diantara semua yang menyertakan kamera 200MP. Ia diikuti oleh Redmi Note 12 Pro 5G dan Redmi Note 12 Pro yang dilengkapi dengan sokongan kamera 108MP.

Tetapi, jika anda sedang mencari telefon pintar yang sesuai untuk kegunaan harian dan boleh dibeli pada harga yang lebih mampu milik, bolehlah letakkan variasi yang bukan Pro dalam senarai pembelian anda. Redmi Note 12 5G adalah peranti yang dijana dengan cip Snapdragon 4 Gen 1 dengan jenis paparan 120Hz AMOLED. Manakala, Redmi Note 12S adalah peranti dengan sokongan bateri yang besar dan turut menyertakan 108MP pada salah satu tri-kameranya. Tidak ketinggalan juga bagi Redmi Note 12, yang ditawarkan dengan paparan 120Hz AMOLED bersama lensa 50MP pada salah satu tri-kamera utamanya.

Siri Redmi Note 12 ini merupakan siri telefon pintar kelas pertengahan premium yang dipasarkan pada harga yang mampu milik. Bagi 3 tambahan model yang baru sahaja dilancarkan ini, anda boleh dapatkannya pada harga bermula RM999 untuk Redmi Note 12S (8GB+256GB). Seterusnya adalah Redmi Note 12 Pro (8GB+256GB) yang boleh dibeli pada harga RM1099. Jika anda ada bajet lebih sedikit, boleh pilih model Redmi Note 12 Pro 5G (8GB+256GB) yang dipasarkan pada harga RM1299.

Kesemua telefon pintar ini boleh dibeli menerusi kedai rasmi Xiaomi di seluruh negara, ataupun menerusi atas talian di Lazada dan Shopee. Pihak Xiaomi juga menawarkan hadiah Redmi Buds 4 Lite secara percuma bagi setiap pembelian telefon pintar daripada siri Redmi Note 12 ini. Jadi, beli sekarang sementara stok masih ada dan bolehlah padankannya dengan telefon pintar daripada siri Redmi Note 12 anda.

Penafian : Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd