Sejak beberapa minggu ke belakangan ini WhatsApp kerap menguji banyak ciri dan fungsi baharu menjadikan pengguna terus kekal setia kepada platform pemesejan ini.
Baru-baru ini WABetaInfo menemui ciri baharu dalam WhatsApp versi beta yang masih dalam pembangunan. Ciri ini adalah membenarkan peserta dalam WhatsApp Group melaporkan mesej terus kepada pentadbir.
Mesej yang dilaporkan akan dihantar kepada pentadbir untuk semakan dan jika didapati mengandungi kandungan yang tidak elok seperti gangguan seksual, rasis, beberan filem, spam dan lain-lain mesej yang tidak menyenangkan ia boleh terus dipadam untuk semua. Sebelum ini mesej hanya boleh dilaporkan terus kepada WhatsApp dan pengguna diberi pilihan untuk menyekat kenalan.

Ciri yang dinamakan sebagai Send for admin review ini hanya boleh diaktifkan oleh pentadbir Group sahaja. Mesej yang dilaporkan turut akan dipaparkan pada ruangan khas yang hanya boleh diakses oleh pentadbir. Dengan adanya ciri seperti ini satu WhatsApp Group boleh menjadi lebih harmoni dan mesra untuk semua.
Sama-sama kita nantikan kehadiran ciri ini kepada umum akan datang.