Cari @ Amanz

Starlink menawarkan perkhidmatan internet menggunakan satelit di kawasan yang tidak mempunyai rangkaian internet konvensional. Dalam konflik Ukraine Rusia, Starlink membolehkan tentera Ukraine berhubungan antara satu sama lain selepas infrastruktur telekomunikasi telah musnah. Melihat situasi di Ukraine ini, Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan inisiatif Resilience, Interconnectivity and Security by Satellite (IRIS²) tahun lalu.

Menerusi IRIS² rangkaian internet boleh digunakan menerusi satelit orbit bumi rendah yang sama seperti yang ditawarkan oleh Starlink sekarang. Kos membina sistem ini dijangka mencecah 6 billion Euro dengan ia dijangka beroperasi seawal 2027.

Konsortium yang terdiri daripada Airbus Defense and Space, Eutelsat, SES, dan Thales Alenia Space mengumumkan kerjasama bagi membantu EU membangunkan IRIS². Selain digunakan oleh negara EU, IRIS² juga boleh menawarkan perkhidmatan internet satelit ke benua Afrika apabila beroperasi kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd