Pengeluaran tablet pada Q1 2023 telah menyusut sebanyak 19.1% berbanding suku sama tahun lalu menurut laporan terkini IDC. Kelima-lima pengeluar tablet dengan pegangan pasaran terbesar mencatatkan peratusan pengurangan yang ketara. Apple masih menguasai pasaran dengan 35.2% diikuti oleh Samsung (23.1%), Huawei (6.6%), Lenovo (6.2%) dan Amazon (4.6%).

Amazon mencatatkan penyusutan paling drastik iaitu 62% dan Lenovo pula di tangga kedua dengan pengurangan 37.1%. Apple dan Samsung juga terkesan dengan pengurangan dua angka. Pengurangan pengeluaran ini selari dengan permintaan yang juga menurun pasca pandemik. Ia kembali kepada tahap sebelum pandemik. Semasa pandemik pengeluaran meningkat kerana diperlukan untuk pembelajaran serta bekerja dari rumah.