Rangkaian fon telinga Honor di Malaysia turut dikemaskini dengan penawaran baharu pada hari ini. Dikenali sebagai Honor Earbuds X5, ia ditawarkan pada harga jualan RM279 dengan pilihan warna putih. Ketersediaan boleh didapati secara dalam atau luar talian menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

Honor Earbuds X5 merupakan set fon telinga nirwayar jenis separa terbuka dengan gabungan pod pengecas berbentuk bujur. Ini digabungkan pula dengan sepasang pemandu audio sebesar 13.4mm daripada material komposit polimer.
Bateri yang digunakan diiklankan mampu bertahan sehingga 27 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas. Pengalaman main balik muzik selama 3 jam tanpa henti turut boleh dinikmati oleh pengguna dengan hanya 10 minit pengecasan.