Cari @ Amanz

Google Pixel Watch adalah jam tangan pintar pertama Google yang menjalankan Wear OS selepas sekian lama pengguna Pixel perlu bergantung kepada jam tangan pihak ketiga seperti Fossil atau Mobvoi. Jam ini turut menerima sokongan kemaskini perisian sehingga tiga tahun dan mempunyai integrasi Fitbit.

Terkini 9to5Google melaporkan yang Google mungkin akan melancarkan Pixel Watch 2 bersama-sama dengan Pixel 8 dan Pixel 8 Pro pada bulan Oktober nanti.

Buat masa ini masih tiada sebarang maklumat mengenai apakah spesifikasi Pixel Watch 2. Tetapi sumber menjangka yang Google akan menggunakan cip pemprosesan baharu, Wear OS akan menyokong tema Material You yang mirip pada Android 13 dan mempunyai ciri pemantauan kesihatan yang lebih baik seperti imbasan nadi per-saat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd