Cari @ Amanz

Elon Musk hari ini menyatakan yang mana Twitter telah mula memadam akaun-akaun yang tiada aktiviti atau tidak aktif untuk beberapa tahun. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membuka pengguna lain untuk mendapatkan nama pengguna bagi akaun mereka.

Disamping itu, pada masa yang sama Elon Musk menyatakan ini mungkin akan turut memberikan impak kepada bilangan akaun yang mengikuti seseorang pengguna – kerana akaun lama dipadam dan akan mengurangkan jumlah pengikut untuk sesuatu akaun.

Sebelum ini, Elon Musk pernah berkongsi terdapat sekitar 1.5 bilion akaun yang tidak aktif dan nama pengguna berkaitan mungkin ditawarkan untuk pengguna-pengguna lain. Namun, proses untuknya masih tidak diketahui sama ada secara percuma atau Elon Musk akan menjual nama pengguna baharu berkenaan dalam bentuk lelong – seperti dilakukan Telegram.

Langkah ini juga mungkin secara tidak langsung akan menarik kembali pengguna yang tidak menggunakan Twitter untuk mendaftar masuk dan menjadikan akaun aktif, sekaligus mengelak nama pengguna mereka diberikan kepada yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd