Cari @ Amanz

Penawaran produk Infinix dilihat semakin berkembang dari hari ke hari. Hal ini boleh dilihat menerusi kemasukan pelbagai variasi produk baharu yang juga menyediakan pilihan untuk pengguna bagi mendapatkan peranti bajet sesuai dengan tujuan penggunaan.

Terkini Infinix dilihat mengacah kehadiran peranti baharu lagi yang belum didedahkan namanya. Tanda tagar Gaming Beyond Limit yang digunakan memberi gambaran bahawa ia boleh menjadi sebuah peranti permua bajet. Ini juga selari dengan tumpuan Infinix untuk beberapa peranti keluarannya yang sedia ada.

Peranti juga dipercayai menyokong teknologi All-Round Fast Charge serba baharu yang diumumkan bulan lepas. Ini merupakan teknologi pengecasan daripada Infinix sendiri yang boleh memanfaatkan sokongan pada kadar 260W sepenuhnya apabila dipadankan dengan pengecas tersesuai Infinix.

Rekaan peranti juga masih samar-samar, namun ia dilihat menyerupai sebuah Infinix Note 30 yang kini tertiris menerusi imej sebenar tular di media sosial. Hal ini bagaimanapun masih diperingkat ura-ura, justeru adalah lebih baik kita menunggu kemaskini lebih lanjut daripada pihak Infinix Malaysia sendiri berserta dengan tarikh pelancaran rasmi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd