Cari @ Amanz

Poco nampaknya kini konsisten mengeluarkan peranti pada setiap tahun. Walaupun tidak sebanyak Xiaomi dan Redmi, penawaran mereka masih menarik. Hari ini dua peranti Poco baharu telah dilancarkan iaitu Poco F5 dan Poco F5 Pro.

Mengejutkan dua peranti ini menawarkan spesifikasi yang menarik dengan harga yang masuk akal pada tahun 2023. Seperti biasa Poco menjadi Poco, dua peranti ini adalah penjenamaan semula dari Redmi K60 untuk Poco F5 Pro dan Redmi Note 12 Turbo untuk Poco F5 dengan perubahan kecil.


Poco F5

Peranti ini jatuh dalam kategori kelas pertengahan premium. Ia hadir dengan skrin 6.67″ FHD+ Flow AMOLED DotDisplay dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan paparan Dolby Vision. Poco F5 adalah peranti pertama di Malaysia dan di peringkat global yang dijana dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2. Untuk memori juga sama RAM LPDDR5 mencapai 12GB cuma storan terhad kepada 128GB dan 256GB sahaja.

Konfigurasi kamera adalah 64+8+2 Megapixel dengan OIS dan kamera swafoto 16 Megapixel. Ciri menarik yang ditawarkan adalah teraair dengan bingkai gambar seakan filem gambar dengan berserta 7 penuras khas.

Bateri yang dimuatkan berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 67W yang boleh mengecas peranti dari 0% ke 100% dalam masa 50 minit. Sokongan 5G, enjin getaran, IP53, speaker stereo Dolby Atmos, sensor inframerah semua dikekalkan dengan tambahan port bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari adalah di sisi.

Poco F5 turut menggunakan rekaan yang menjadi trend sekarang. Ringkas dan rata serta dua bonggol kamera bulat. Peranti ini adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang ingin menawarkan pengalaman peranti mercu pada harga yang lebih mampu milik.


Untuk Poco F5 hanya ada dua variasi iaitu RM1699 untuk 8/256 GB dan RM1799 untuk 12/256 GB. Di Shopee anda boleh dapatkan pada harga bermula RM1399 untuk diskaun pelancaran. Jualan akan bermula pada 9 Mei dengan tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan putih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd