Cip terkini MediaTek Dimensity 8050 telah dilancarkan secara rasmi dengan ia sebuah lagi cip yang dihasilkan menggunakan teknologi 6nm. Dari segi spesifikasi, Dimensity 8050 hadir dengan 1x teras Cortex-A78 3GHZ, 3x teras Cortex-A78 2.6Ghz dan 4x teras Cortex-A55 2.0GHz dipadankan dengan GPU Arm Mali-G77.
Cip boleh menyokong sensor kamera sehingga 200MP, skrin QHD+ sehingga 90Hz, rakaman video 4K, HDR10+ dan codec video AV1 secara natif. Dua SIM 5G boleh digunakan secara serentak. Memori LDDDR4x sehingga 16GB dan storan UFS 3.1 juga turut disokong. Walaupun menggunakan nama baharu, konfigurasi teras CPU dan GPU adalah sama dengan Dimensity 1300 dan Dimensity 1200. Perbezaan hanya dilakukan pada GPU yang kini lebih pantas.