Cari @ Amanz

Selain Poco F5 yang menjadi fokus pada pelancaran hari ini. Poco F5 Pro turut dilancarkan dengan spesifikasi lebih berkuasa dan kamera seakan sebuah peranti mercu premium.

Poco F5 Pro

Peranti ini hadir dengan skrin 6.67″ WQHD+ Flow AMOLED DotDisplay dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan paparan Dolby Vision. Ia dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan memori mencapai 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB UFS 3.1. Sokongan memori maya Dyanmic RAM Expansion 3.0 boleh mencapai sehingga 7GB RAM.

Untuk kamera peranti ini menggunakan konfigurasi 64+8+2 Megapixel dengan sensor utama mempunyai OIS, sistem fokus seakan Xiaomi 13, sokongan rakaman video 8K, penggunaan seakan untuk profesional dan turut dipadankan dengan kamera swafoto 16 Megapixel. Bateri peranti ini adalah 5160mAh dengan sokongan pengecasan 67W dan buat pertama kali peranti pada Poco ada sokongan pengecasan nirwayar 30W.

Peranti ini turut menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13, mempunyai enjin getaran paksi-X, diiktiraf dengan perlindungan IP53, pengimbas cap jari di bawah skrin, dwi-speaker Dolby Atmos dan seperti biasa masih mengekalkan sensor inframerah.

Dengan peranti ini Poco ingin menawarkan pengalaman peranti mercu premium pada harga hampir tiga kali ganda lebih murah. Misalnya skrin resolusi tinggi, cip berkuasa, pengecasan gila pantas, sokongan rangkaian 5G dan peranti menggunakan rekaan yang nampak ringkas, kemas, profesional seakan seorang usahawan berjaya.


Untuk Poco F5 Pro ia dijual pada harga bermula RM2099 untuk 8/256 GB, RM2199 untuk 12/256 GB dan RM2399 untuk 12/512 GB. Sempena pelancaran anda boleh dapatkan peranti ini dengan harga RM1999, RM2099 dan RM2199 secara eksklusif di Lazada bermula 9 Mei. Pilihan warna walau bagaimanapun terhad kepada hitam atau putih sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd