Carian
Apple Umum Final Cut Pro Untuk iPad – Hadir Dalam Bentuk Langganan Bermula RM22.90 Sebulan
May 9, 2023 Aman

Apple hari ini membuat kejutan dan mengumumkan perisian penyunting video mereka untuk iPad, iaitu Final Cut Pro. Apple akan menawarkan aplikasi Final Cut Pro untuk iPad ini bermula 23 Mei 2023 ini.

Final Cut Pro untuk iPad ini hadir dengan antaramuka yang dioptimasikan untuk skrin sentuh, hadir dengan penawaran input berasaskan Apple Pencil untuk lakaran. Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakan perisian penyunting yang sedia popular di Mac, kini pada iPad.

Final Cut Pro untuk iPad ini ditawarkan untuk pengguna iPad Pro 11-inci (Gen 4 dan terkini) atau iPad Pro 12.9-inci (Gen 6 dan terkini), serta menyokong Apple Pencil (Gen2).

Apa pun, dari segi penawaran, Apple menawarkan Final Cut Pro pada harga langganan RM22.90 sebulan atau RM199 setahun – berbeza dengan penawaran untuk Mac yang dicaj mengikut hanya sekali pembelian.

Komen