Cari @ Amanz

Manusia secara lazimnya menggunakan kelima-lima untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu. Kecerdasan buatan (AI) sebaliknya dilatih menggunakan satu set data sahaja. Sebagai contoh AI LLM menggunakan set data dalam bentuk teks. Meta hari ini mengumumkan model AI baharu sumber terbuka ImageBind yang menggunakan enam jenis data.

Data dalam bentuk visual, teks, audio, suhu, pergerakan dan kedalaman digunakan oleh ImageBind. Ini menurut Meta menjadikannya model AI pertama yang menggabungkan enam jenis data untuk latihan. Meta masih tidak mempunyai perancangan bagaimana ImageBind boleh digunakan dalam dunia sebenar.

Secara teorinya ia boleh digunakan untuk penjanaan video generatif menggunakan teks. Selain menjana video, Imagebind turut boleh menjana audio yang bersesuaian dengan visual yang dihasilkan. Di masa hadapan, lebih banyak jenis data boleh digunakan untuk melatih Imagebind contohnya bau dan sensor sentuhan. Ini akan membolehkannya mempunyai kemampuan belajar seperti seorang manusia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd