Oppo A98 5G telah diacah pelancarannya beberapa hari yang lalu. Tetapi menerusi kedai atas talian Oppo dan beberapa penjual yang lain, ia disahkan akan dilancarkan pada 15 Mei pada harga RM1349 sebuah. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan berkas tambahan, peranti dijual pada harga RM1399 dengan aksesori seperti pemegang telefon, powerbank, fon kepala dan banyak lagi.

Di Malaysia peranti akan ditawarkan dengan konfigurasi 8GB RAM dan storan 256GB. Turut disahkan ialah skrin 120Hz, bateri 5000 mAh dengan pengecasan 67W, kamera utama 64MP, kamera mikro dan jaminan peranti akan beroperasi lancar selama 48 bulan. Spesifikasi lain masih lagi dirahsiakan pada waktu ini.
Oppo Malaysia akan membuka pratempahan dari 15-18 Mei ini dengan pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM377.