Cari @ Amanz

Tuala wanita tidak boleh dipam ke dalam tandas selepas digunakan kerana ia akan mengembang sebelum membentuk gumpalan yang menyekat pergerakan air. Dari segi pencemaran pula, sekeping tuala wanita mempunyai jumlah plastik yang sama dengan empat beg plastik. Walaupun ia adalah produk sanitari yang penting, ia menghasilkan pencemaran yang tinggi.

Sebuah firma di UK telah membangunkan Fluus yang menurut mereka adalah tuala wanita pertama yang mesra alam dan juga boleh dipam ke dalam tandas selepas digunakan. Ia diperbuat daripada serta selulosa yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Bahagian tengah yang menyerap darah pula diperbuat daripada bahan polimer dan selulosa yang boleh terlerai dengan sendiri. Getah dari pokok pula menggantikan gam konvensional.

Menerusi tiga bahan yang lebih mudah terlerai ini, Fluus akan pecah apabila dipam dan tidak akan menyebabkan tandas tersumbat. Apabila tiba ke loji pemprosesan air, komponen Fluus akan terlerai ke saiz sebesar bulu mata sahaja menurut perekanya. Fluus kini ditawarkan menerusi langganan bulanan pada harga £5.00 untuk pek 15 pad dan £15.00 untuk 45 pad.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd