Carian
Kelak Anda Boleh Membuat Panggilan Suara Dan Video Melalui Twitter
May 10, 2023 Aman

Elon Musk hari ini berkongsi menyatakan kelak pengguna boleh melakukan panggulan suara dan juga panggilan video, terus melalui Twitter. Dengan langkah ini, ia dijangka memberikan pengguna lebih privasi dan tidak perlu berkongsi nombor telefon peribadi mereka.

Langkah ini dilihat dalam usaha menjadikan Twitter sebagai sebuah aplikasi yang merangkumi pelbagai perkara. Dibawah Elon Musk, Twitter sedia memperkenalkan bentuk langganan, termasuk langganan khusus untuk setiap akaun pengguna secara berbayar, disamping menambah kebolehan berkongsi Tweet yang panjang.

Pihak Twitter juga turut telah menambah ciri permesejan dengan sokongan penyulitan penuh pada hari ini, sekaligus mengelak pihak lain mencuri baca mesej atau DM yang dihantar.

Buat masa ini, tidak dikongsikan lagi berkenaan tarikh pengenalan ciri panggilan suara dan video di Twitter ini.

Komen