Carian
Bing Image Creator Kini Menyokong Input Dalam Bahasa Malaysia Untuk Menjana Gambar Berasaskan AI
May 10, 2023 Aman

Bing Image Creator merupakan salah satu penawaran yang disediakan oleh Microsoft – menggunakan teknologi OpenAI Dall-E. Menggunakan Bing Image Creator, para pengguna boleh melakukan input berasaskan teks, dan ia akan seterusnya menjana imej yang bersesuaian untuk teks input berkenaan. Ia merupakan penawaran yang lebih kurang seperti MidJourney dan beberapa yang lain.

Ia telah ditawarkan sejak beberapa minggu lepas, dan kini pihak Microsoft menambah-baiknya dengan sokongan bahasa yang lebih meluas, termasuk Bahasa Malaysia. Melalui penambahan sokongan bahasa Malaysia, ia memudahkan pengguna tempatan untuk melakukan input teks dalam bahasa Malaysia, dan seterusnya ia akan menjana imej yang berkaitan.

Daripada percubaan kami sendiri, ia berfungsi dengan lancar dan agak baik berasaskan kepada input dalam bahasa Malaysia. Bagi anda yang berminat, turut boleh mencuba sendiri di Bing Image Creator hari ini.

Komen