Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A24 akhirnya ditawarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia disenaraikan menerusi laman web rasmi dengan harga jualan RM999 yang menawarkan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ketersediaan adalah bermula sekarang yang mana boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti Light Green, Black dan Dark Red.

Samsung Galaxy A24 menggunakan skrin sebesar 6.5-inci Super AMOLED FHD+ (1080 x 2340 piksel). Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G99 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini turut menyediakan ruang tambahan menerusi kad mikroSD sehingga 1TB.

Kamera utama pula terdiri dengan 50MP + 5MP + 2MP yang juga menyokong OIS. Seterusnya kamera hadapan pula sebesar 13MP yang diletakkan di dalam takuk kecil. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh yang boleh dicas semula menerusi port USB-C, bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.3 dan NFC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd