Carian
UNISOC T750 Diumumkan Dengan Teknologi 6nm Dan Rangkaian 5G
May 10, 2023 Amy Maizuraa

UNISOC T750 telah dilancarkan secara rasmi sebagai satu lagi cip pemprosesan yang menyokong rangkaian 5G terbina. Ia hadir dengan teknologi TSMC 6nm EUV yang juga memberi tumpuan terhadap peranti kelas pertengahan. Pada masa sama, turut dibina berasaskan cip lapan teras yang menggabungkan dua teras ARM Cortex-A76 (2GHz) dan enam teras ARM Cortex-A55 berkelajuan 1.8GHz.

Ini dipadankan pula dengan GPU Mali-G57 MC2@ 680MHz, memori LPDDR4x dan storan UFS3.1 + eMMC 5.1. Resolusi skrin pula boleh mencapai FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan HDR10+. Di samping, turut menyokong sistem kamera sehingga 64MP dan rakaman video 2K/30FPS (EIS).

Sokongan Vivimagic Image Engine generasi keenam juga disertakan bertujuan meningkatkan algoritma tangkapan malam untuk kualiti imej dan video lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuk rangkaian 5G dengan spektrum Sub-6GHz, mod rangkaian SA/NSA, dwi SIM 5G + 5G, GNSS serta bluetooth 5.0.

Komen