Monitor gaming pintar Samsung Odyssey Neo G7 43″ akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini. Ia dilengkapi skrin sebesar 43″ Mini-LED yang rata dengan resolusi 4K yang melepasi piawaian VESA Display HDR600 dan menyokong paparan HDR10+. Sebagai komputer gaming, panel ini boleh mencapai kadar segar semula 144Hz dan turut hadir dengan sokongan AMD FreeSync Premium Pro.

Kemudian, sokongan platform Samsung Gaming Hub pula membolehkan akses pantas kepada permainan daripada Xbox dan Xbox dan NVIDIA GeForce NOW dimainkan tanpa keperluan muat-turun. Sebagai tambahan lagi, beberapa platform penstriman seperti Prime Video, Netflix dan YouTube terbina turut boleh dinikmati menerusi Samsung Smart Hub kerana monitor ini adalah pintar dengan sistem operasi Tizen.

Pilihan I/O tersedia pula terdiri dengan 1x DisplayPort (1.4) / 2x HDMI (2.1), 2x port USB 3.0, 1x Ethernet LAN, WiFi5 dan Bluetooth 5.2. Selain itu, ia juga memuatkan dua pembesar suara terbina dengan output 20W.
Di Malaysia Samsung Odyssey Neo G7 43″ dijual pada harga RM4,599 sebuah tetapi bermula hari ini hingga 21 Mei 2023 ia boleh dibeli pada harga promosi RM3699 (potongan RM900).