Iklan Rasmi Google Pixel Fold Dan Pixel 7a Tertiris Awal Di YouTube
May 10, 2023
Google
Effi Saharudin
Google Pixel Fold dan Pixel 7a akan dilancarkan awal pagi esok ketika Google I/O. Walaupun masih ada sekitar 6 jam lagi sebelum acara ini, Google secara tidak sengaja telah memuat naik video iklan rasmi untuk kedua-dua peranti ini di YouTube.
Ia menujukkan kemampuan unik kedua-dua peranti seperti prestasi gambar yang baik, ciri memadam Magic Eraser, Google Lens dan banyak lagi. Iklan ini memaparkan ramai bintang terkemuka NBA seperti Giannis Antetokounmpo. Walaupun tidak lagi disenaraikan, iklan ini masih boleh ditonton seperti di atas ketika artikel ini ditulis.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.