Carian
Persatuan Psikologi Amerika – Media Sosial Tidak Berbahaya Tetapi Ia Juga Tidak Bermanfaat Kepada Remaja
May 10, 2023 Effi Saharudin

Kita masih belum benar-benar mengetahui impak sebenar media sosial ke atas minda pengguna remaja. Ini adalah kerana media sosial baru berusia sekitar 25 tahun makan kesan jangka panjangnya ke atas minda masih lagi dikaji oleh golongan yang ahli. Tetapi hari ini Persatuan Psikologi Amerika (APA) mengeluarkan kenyataan mengatakan penggunaan media sosial oleh remaja tidaklah berbahaya kepada remaja tetapi pada waktu yang sama ia juga tidak bermanfaat.

APA menyentuh mengenai tanggungjawab ibu bapa bagi memastikan platform media sosial digunakan oleh remaja dengan cara yang betul. Sungguhpun tidak menamakan media sosial secara jelas dalam kenyataan, APA mengutuk penggunaan algoritma yang memberikan kandungan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna remaja. Antara isu berbangkit mengenai media sosial ialah ia menyarankan topik berbahaya seperti anorexia dan juga trend video yang boleh mengancam nyawa.

Saranan lain ialah ibu bap perlu memastikan penggunaan media sosial dikawal bagi memastikan remaja menerima tidur yang cukup kerana terdapat korelasi antara kurangnya tidur dan risiko perkembangan neurologi otak.

Beberapa kajian yang pernah kami laporkan sebelum ini mengatakan penggunaan peranti pintar tidak mendatangkan impak yang besar kepada perkembangan kanak-kanak. Yang pasti isu pokok di sini ialah ibu bapa perlu peduli serta cakna mengenai penggunaan internet oleh anak-anak mereka.

Komen