Cari @ Amanz

Peranti di pasaran sekarang sukar dibezakan antara satu sama lain keran menggunakan rekaan yang sama. Hari ini Realme 11, 11 Pro dan 11 Pro+ telah dilancarkan dengan rekaan yang cukup menarik kerana menerima sentuhan mantan pereka aksesori di Gucci Matteo Menotto.

Kita mulakan dengan Realme 11 yang dilengkapi skrin 6.43″ AMOLED FHD+ 90Hz, dijana cip Dimensity 6020, memori sehingga 12GB, storan 256GB, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong 33W. Kamera utama terdiri daripada kamera 64+2MP dan di hadapan pula sebesar 8MP. Kamera utama diletakkan dalam bonggol kamera besar berbentuk bulat di belakang.

Realme 11 Pro pula dilengkapi skrin 6.43″ AMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip Dimensity 7050, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Kamera utama terdiri daripada kamera 100+2MP dan di hadapan pula sebesar 16MP. Sensor 100MP pada lensa sudut lebar ini mempunyai sokongan OIS. Seperti pada model Realme 11, kamera diletakkan dalam sebuah bonggol gergasi berbentuk bulat. Satu lagi perbezaan pada Realme 11 Pro ialah terdapat sokongan speaker stereo.

Akhir sekali ialah Realme 11 Pro+ pula dilengkapi skrin 6.43″ AMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip Dimensity 7050, memori sehingga 12GB, storan sehingga 1TB, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Kamera utama terdiri daripada kamera 200+8+2MP dan di hadapan pula sebesar 32MP. Sensor 200MP pada lensa sudut lebar ini mempunyai sokongan OIS. Ini satu-satunya model dengan sistem trikamera. Peranti dilengkapi speaker stereo dan bonggol kamera gergasi di belakang.

Model Realme 11 Pro dan 11 Pro+ ditawarkan dengan kulit vegan eksklusif lengkap dengan jahitan benang berwarna emas. Ketiga-tiga peranti juga menggunakan Android 13 dengan pelancar Realme UI 4.0. Harga jualan adalah seperti di bawah.

Realme 11

  • 8/256GB – RMB 1599 (~RM 1029)
  • 12/256GB – RMB 1799 (~RM 1158)

Realme 11 Pro

  • 8/256GB – RMB 1699 (~RM 1093)
  • 12/256GB – RMB 1999 (~RM 1287)
  • 12/512GB – RMB 2199 (~RM 1415)

Realme 11 Pro+

  • 12/256GB – RMB 2099 (~RM 1351)
  • 12/512GB – RMB 2399 (~RM 1544)
  • 12/1TB – RMB 2799 (~RM 1801)
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd