Cari @ Amanz

Google hari ini memulakan acara Google I/O dengan memfokuskan kepada kecerdasan buatan. Memulakan ucaptama, CEO Google, Sundar Pichai berkongsi salah satu ciri baharu yang bakal hadir ke GMail tidak lama lagi, dinamakan “Help Me Write”.

Melalui ciri ini pada GMail, ia akan membantu para pengguna dalam menulis emel dan menghantarnya. Help Me Write turut boleh dikawal tonanya mengikut apa yang diinginkan pengguna.

Pada contoh yang diperlihatkan, GMail Help Me Write digunakan dalam menulis emel untuk meminta kembali wang tiket dari penerbangan. Google mengatakan ia akan menggunakan data daripada emel sebelum ini, dan menyertakan infonya dalam emel yang ditulis – sekaligus menyertakan semua konteks yang diperlukan.

Google mengatakan ciri ini akan diperkenalkan pada GMail tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd